Keselamatan Industri Petroleum

     
 

Keselamatan Industri Petroleum

Unit Keselamatan Petroleum

Unit Keselamatan Petroleum bertanggungjawab dalam menjamin dan memantau keselamatan dalam industri petroleum dengan menyedia dan mengemaskini dasar, akta dan peraturan-peraturan khususnya Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984. Akta ini mengawal aspek keselamatan petroleum dari aspek penstoran, pengendalian, pengangkutan dan peralatan /perkakasan.

Unit ini berfungsi untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai aspek keselamatan melalui program-program taklimat, seminar, bengkel dan kursus selain menyelaras tindakan penguatkuasaan oleh jabatan atau agensi yang terlibat melalui Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

Secara khususnya, Unit Keselamatan Petroleum bertanggungjawab dalam menyelaras dasar keselamatan petroleum di bawah Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984 [Akta 302].

Dua peraturan di bawah akta ini adalah :

  • Peraturan-Peraturan (Langkah-Langkah Keselamatan) (Pengangkutan Petroleum Melalui Air) 1985
  • Peraturan-Peraturan (Langkah-Langkah Keselamatan) (Pengangkutan Petroleum Melalui Talian Paip) 1985
petroleum safety
 


Unit Keselamatan Petroleum juga bertanggungjawab untuk:

bullet

Mengawasi pelaksanaan dan menyelaras tindakan penguatkuasaan akta dan peraturan tersebut di atas oleh Jabatan atau Agensi Kerajaan yang berkaitan
bullet Bertindak sebagai urus setia kepada Pasukan Petugas Keselamatan Industri Petroleum
bullet Menyelenggara data dan maklumat keselamatan industri petroleum
bullet Meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai aspek keselamatan (safety) industri petroleum; dan
bullet Membantu dan menasihati pihak-pihak yang berkaitan bagi perkembangan serta kemajuan keselamatan industri petroleum Negara.
bullet Peraturan-Peraturan (Langkah-Langkah Keselamatan) (Pengangkutan Petroleum Melalui Jalan Keretapi)


Unit ini juga bertindak sebagai Urus setia bagi Jawatankuasa Menimbang & Meluluskan Permohonan di bawah Seksyen 21 (1) dan Seksyen 22 Akta Zon Ekonomi Eksklusif, 1984 [Akta 311].

bullet
Seksyen 21(1) Tiada seorang pun boleh membina, mengendali atau menggunakan mana-mana pulau, pepasangan atau struktur buatan dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua melainkan dengan kuasa Kerajaan dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakannya
bullet
Seksyen 22(1) Tiada seseorang pun boleh memasang kabel-kabel bawah tanah atau talian paip dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua tanpa persetujuan Kerajaan mengenai penandaan arah memasangkan kabel-kabel dan talian-talian paip tersebut.
bullet
Seksyen 22(2) Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Kerajaan boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan perlu bagi memasang atau menyelenggara kabel-kabel dan talian-talian paip tersebut dalam menjalankan hak-haknya untuk mengambil langkah-langkah yang munasabah bagi penjelajahan pelantar benua, pengeksploitasian sumber alam dan pencegahan, pengurangan dan kawalan dari pencemaran kabel-kabel atau talian-talian paip tersebut.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan keselamatan dalam industri petroleum boleh dianjurkan kepada :-

Pengarah Kanan,
Bahagian Perdagangan Dalam Negeri,
Unit Keselamatan Petroleum,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,
Tel:03 - 88825838 

Puan Che Norshina binti Mohd Hashim
Ketua Penolong Pengarah

Unit Keselamatan Petroleum,
Bahagian Perdagangan Dalam Negeri
Tel:03 - 8882 5844
Email :norshina@kpdnkk.gov.my

Cik Masturah binti Abd. Aziz
Penolong Pengarah

Unit Keselamatan Petroleum,
Bahagian Perdagangan Dalam Negeri
Tel:03 - 8882 5924
Email :
masturah@kpdnkk.gov.my

Cik Nadiya binti Nazri
Penolong Pengarah

Unit Keselamatan Petroleum,
Bahagian Perdagangan Dalam Negeri
Tel:03 - 8882 5924
Email :
nadiya@kpdnkk.gov.my

   
 


grey line

 

 
Paparan : 89868
Dikemas kini pada : 03 Ogos 2012